Ujian SPiER, yang merupakan inisiatif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), memainkan peranan penting dalam proses pemilihan dan penyaringan calon yang sesuai untuk berkhidmat di bawah naungan KDN.
5 Objektif Ujian SPiER
Ujian ini dirancang dengan tujuan spesifik untuk menjamin kualiti dalam pemilihan anggota penguat kuasa. Berikut adalah lima objektif utama dari pelaksanaan ujian SPiER:
1. Memilih Calon Yang Sesuai Dari Perspektif Psikologi
Ujian SPiER direka bentuk untuk mengenal pasti calon yang mempunyai sifat psikologi yang sesuai untuk menghadapi cabaran bertugas di agensi atau KDN.
Ini termasuk penilaian kemampuan mereka dalam menghadapi tekanan, pengambilan keputusan dalam situasi sulit, serta ketahanan mental yang diperlukan dalam tugas penguat kuasa.
2. Menapis Calon Yang Kompeten Dengan Nilai Dan Kriteria.
Ujian ini membantu dalam menapis calon berdasarkan nilai teras dan kriteria yang ditetapkan oleh agensi atau jawatan di bawah KDN.
Setiap agensi atau jabatan mempunyai kriteria pemilihan calon mereka tersendiri. Atas sebab itu, setiap soalan dalam ujian SPiER mempunyai pemberat yang berbeza-beza mengikut kepada apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.
Maksudnya, pemberat dalam kriteria pemilihan calon di Jabatan Penjara akan berbeza dengan calon PDRM. Meskipun kedua-dua calon ini dalam kategori anggota penguat kuasa.
3. Menyenarai Pendekkan Calon Yang Sesuai Untuk Fasa Temuduga Dan Ujian Fizikal.
Melalui ujian SPiER, calon yang memenuhi syarat dapat dikenal pasti dan disaring untuk proses pemilihan lebih lanjut, termasuk temuduga dan ujian fizikal.
Proses ini memastikan hanya calon yang mempunyai kecergasan fizikal sahaja akan mara ke peringkat seterusnya.
Sekiranya anda mempunyai simpton seperti cepat keletihan apabila melakukan aktiviti fizikal, itu bermaksud anda bakal digagalkan dalam ujian SPiER ini.
4. Menyaring Calon Yang Berwibawa.
Ujian SPiER menyediakan pendekatan yang lebih objektif dalam menilai calon. Dengan menggunakan instrumen penilaian yang standard dan konsisten, ujian ini dapat mengurangkan berat sebelah dan ketidakadilan.
Pendekatan yang lebih objektif ini telah dapat menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan nak lulus ujian SPiER ini memerlukan orang dalam.
5. Menyaring Calon Dengan Kesihatan Mental Dan Kestabilan Emosi Yang Baik.
Kesihatan mental dan kebolehan mengurus emosi adalah aspek penting dalam tugas penguat kuasa undang-undang.
Ujian SPiER memainkan peranan penting dalam mengenal pasti calon yang berkelayakan. Bukan sahaja sihat dari segi fizikal, tetapi juga mempunyai kestabilan emosi yang baik.
Sekiranya anda mempunyai simpton kemurungan seperti jiwa terasa kosong, tidur kerap terganggu, mudah cemas, mudah putus asa, itu bermaksud anda bakal digagalkan dalam ujian SPiER ini.
Akhir Kalam.
Secara keseluruhan, ujian SPiER merupakan langkah bijak oleh KDN dalam memastikan agensi dan jabatan di bawahnya diisi oleh individu tidak hanya mempunyai keupayaan dari fizikal, tapi juga daripada faktor emosi dan psikologi.
Pss.. Anda dah tengok koleksi 200 soalan SPiER dan huraian jawapan? Kalau belum, boleh klik butang di bawah untuk baca: