200+ Contoh Soalan Ujian SPiER Antidadah

Adakah anda mencari contoh soalan SPiER antidadah? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan SPiER dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian SPiER

Untuk pengetahuan anda, SPiER merupakan singkatan daripada Sistem Pemprofilan Rekrutmen.

Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah sesuai untuk menjadi seorang staf perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini.

Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung menjadikan persaingan semakin sengit, dan boleh menghalang calon daripada lulus dengan mudah.

Format Soalan SPiER

Berdasarkan kepada ujian SPiER yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikologi.

Setiap soalan hanya diberikan empat pilihan jawapan seperti:

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”

Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian antidadah ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon. Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon.

Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil, bagi memudahkan urusan-urusan seperti sesi ujian fizikal dan sesi temuduga dijalankan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian SPiER?

Berdasarkan kepada soalan SPiER yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kepimpinan dan ketahanan mental seseorang calon.

Seorang pegawai antidadah yang baik memerlukan kemahiran kepimpinan yang tinggi dan ketahanan mental yang kuat bagi memastikan pegawai itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Perkara ini penting kerana pegawai antidadah seringkali melakukan tugas-tugas yang memerlukan kemampuan untuk memimpin dan membuat keputusan strategik yang pantas dan tepat dalam situasi yang mencabar.

Ini mungkin termasuk merancang dan melaksanakan program pemulihan yang berkesan, memimpin operasi penguatkuasaan yang kompleks, menganalisis trend penyalahgunaan dadah terkini, atau mengendalikan situasi yang sensitif dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan masyarakat umum.

Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap ketahanan mental seseorang calon.

Contoh soalan: Saya mampu mengekalkan tumpuan walaupun melakukan tugas berulang untuk jangka masa yang panjang.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui ujian SPiER ialah tahap integriti seseorang calon. Ini adalah ciri yang sangat penting bagi setiap pegawai antidadah. Mereka harus jujur, adil, dan mematuhi etika dan moral yang tinggi dalam menjalankan tugas.

Pegawai antidadah adalah pihak yang dipercayai oleh negara untuk memimpin usaha pencegahan, pemulihan, dan penguatkuasaan berkaitan dadah. Mereka berurusan dengan maklumat sensitif tentang rangkaian pengedaran dadah, individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dan strategi penguatkuasaan yang sulit.

Jika mereka tidak memiliki integriti, ia boleh membawa kepada pelbagai masalah serius seperti kebocoran maklumat operasi, rasuah dalam penguatkuasaan, atau penyalahgunaan kuasa dalam program pemulihan.

Ini bukan sahaja boleh menjejaskan keberkesanan usaha antidadah negara, tetapi juga boleh menyebabkan masyarakat kehilangan kepercayaan terhadap sistem dan dasar antidadah secara keseluruhan.

Integriti yang tinggi memastikan pegawai antidadah dapat menjalankan tugas mereka dengan telus dan bertanggungjawab, serta mampu menangani tekanan atau godaan yang mungkin timbul dalam tugas mereka yang mencabar, termasuk kemungkinan dipengaruhi oleh sindiket dadah atau individu berkepentingan.

Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap integriti seseorang calon.

Contoh soalan: Saya sanggup mengetepikan peraturan dan undang-undang demi mencari pendapatan lebih.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Contoh Soalan SPiER Antidadah

Walaupun soalan SPiER ini menggunakan format psikometrik, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA.

Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar. Manakala soalan SPiER lebih terfokus kepada jawatan seorang staf antidadah itu sendiri.

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian SPiER nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu.

Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang staff pendaftaran yang dicari oleh pihak penilai.

10 Soalan SPiER Antidadah Terkini

Di bawah ini merupakan 10 contoh soalan ujian SPiER yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

Soalan 1: Saya menganggap menyimpan rahsia itu merupakan tanggungjawab kepada saya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 2: Saya akan menilai seseorang yang baru saya jumpa.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 3: Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 4: Saya tidak dapat mengawal diri daripada bertengkar apabila orang lain tidak bersetuju dengan saya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 5: Saya tidak boleh terima apa jua menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 6: Saya bersetuju setiap peraturan jabatan telah mengambil kira kebajikan pekerja.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 7: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 8: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 9: Saya sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan tugas dan negara.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 10: Saya bersedia menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Tips Lulus SPiER Antidadah

Salah satu cara untuk lulus dalam ujian SPiER ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan SPiER ini menfokuskan kepada personaliti seorang anggota penguatkuasa.

Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan personaliti staf antidadah kalau nak lulus ujian ini.

Koleksi 200 Soalan SPiER Antidadah

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan SPiER ini.

soalan spier antidadah

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

Semoga Berjaya.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan SPiER ini dapat membantu anda semua nanti.

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… Jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan SPiER yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *