300+ Contoh Soalan Ujian SPiER Laskar Maritim

Adakah anda mencari contoh soalan SPiER laskar maritim? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan SPiER dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian SPiER

Untuk pengetahuan anda, SPiER merupakan singkatan daripada Sistem Pemprofilan Rekrutmen.

Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah sesuai untuk menjadi seorang staf perkhidmatan keselamatan dan laskar maritim ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini.

Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung menjadikan persaingan semakin sengit, dan boleh menghalang calon daripada lulus dengan mudah.

Format Soalan SPiER

Berdasarkan kepada ujian SPiER yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikologi.

Setiap soalan hanya diberikan empat pilihan jawapan seperti:

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”

Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian laskar maritim ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon. Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon.

Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil, bagi memudahkan urusan-urusan seperti sesi ujian fizikal dan sesi temuduga dijalankan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian SPiER?

Berdasarkan kepada soalan SPiER yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kecergasan seseorang calon.

Seorang anggota laskar maritim yang baik memerlukan tahap kecergasan badan yang tinggi bagi memastikan anggota itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan pantas, terutamanya ketika bertugas di laut atau dalam operasi menyelamat.

Perkara ini penting kerana anggota maritim seringkali melakukan tugas-tugas yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi, seperti melakukan rondaan di perairan, membantu operasi menyelamat, mengawal pesisir pantai atau mendepani situasi berisiko tinggi.

Ini mungkin termasuk mengejar penyusup atau nelayan asing, berdiri atau beroperasi dalam kapal dalam tempoh yang lama, atau mengendalikan peralatan berat seperti senjata dan sistem komunikasi maritim.

Di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap kecergasan seseorang calon:

Contoh soalan: Saya mengalami kesukaran bernafas contohnya bernafas terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui ujian SPiER ialah tahap integriti seseorang calon. Ini adalah ciri yang sangat penting bagi setiap anggota laskar maritim. Mereka harus jujur, adil, dan mematuhi etika serta disiplin tinggi ketika melaksanakan tugas di perairan negara.

Laskar Maritim adalah antara barisan hadapan yang mewakili undang-undang negara di laut. Mereka berdepan dengan penyeludupan, pencerobohan perairan, nelayan haram, dan pelbagai ancaman lain.

Tanpa integriti, anggota mungkin terdedah kepada rasuah, salah guna kuasa atau mengabaikan tanggungjawab, yang akhirnya menjejaskan nama baik APMM dan keselamatan perairan negara.

Di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap integriti seseorang calon:

Contoh soalan: Saya sanggup mengetepikan peraturan dan undang-undang demi mencari pendapatan lebih.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Contoh Soalan SPiER Pertahanan Awam

Walaupun soalan SPiER ini menggunakan format psikometrik, ianya sedikit berbeza berbanding ujian psikometrik umum seperti yang digunakan oleh SPA.

Ujian SPA mempunyai skop yang lebih luas, manakala soalan SPiER laskar maritim lebih terfokus kepada ciri-ciri dan kompetensi yang diperlukan dalam tugas maritim, seperti kecergasan, daya tahan, disiplin, dan semangat berpasukan.

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian SPiER nanti akan membentuk satu profil personaliti. Daripada profil inilah penilai akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal ujian tersebut.

Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang laskar maritim yang dicari oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

10 Soalan SPiER Laskar Maritim Terkini

Di bawah ini merupakan 10 contoh soalan ujian SPiER yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

Soalan 1: Saya menganggap menyimpan rahsia itu merupakan tanggungjawab kepada saya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 2: Saya akan menilai seseorang yang baru saya jumpa.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 3: Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 4: Saya tidak dapat mengawal diri daripada bertengkar apabila orang lain tidak bersetuju dengan saya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 5: Saya tidak boleh terima apa jua menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 6: Saya bersetuju setiap peraturan jabatan telah mengambil kira kebajikan pekerja.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 7: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 8: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 9: Saya sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan tugas dan negara.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 10: Saya bersedia menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Tips Lulus SPiER Laskar Maritim

Salah satu cara untuk lulus dalam ujian SPiER ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan SPiER ini menfokuskan kepada personaliti seorang anggota penguatkuasa.

Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan personaliti anggota laskar maritim kalau nak lulus ujian ini.

Koleksi 200 Soalan SPiER Laskar Maritim

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan SPiER ini.

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

Semoga Berjaya.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan SPiER ini dapat membantu anda semua nanti.

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… Jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan SPiER yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *