200+ Contoh Soalan Ujian SPiER Konstabel Polis Orang Asli YP1

Adakah anda mencari contoh soalan SPiER Konstabel Polis Orang Asli YP1? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan SPiER konstabel polis orang asli dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian SPiER Konstabel Polis

Untuk pengetahuan anda, SPiER merupakan singkatan daripada Sistem Pemprofilan Rekrutmen.

Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah sesuai untuk menjadi seorang konstabel polis ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini.

Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung menjadikan persaingan semakin sengit, dan boleh menghalang calon daripada lulus dengan mudah.

Format Soalan SPiER Konstabel Polis Orang Asli

Berdasarkan kepada ujian SPiER konstabel polis orang asli yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikologi.

Setiap soalan hanya diberikan empat pilihan jawapan seperti:

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”

Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian konstabel polis ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon. Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon.

Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil, bagi memudahkan urusan-urusan seperti sesi ujian fizikal dan sesi temuduga dijalankan.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian SPiER Konstabel Polis?

Berdasarkan kepada soalan SPiER konstabel polis yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kecergasan seseorang calon.

Seorang konstabel polis yang baik memerlukan tahap kecergasan badan yang tinggi bagi memastikan anggota itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Perkara ini penting kerana anggota seringkali melakukan tugas-tugas yang memerlukan tenaga fizikal yang baik.

Ini mungkin termasuk mengejar suspek, berdiri atau berjalan untuk jangka masa yang panjang, atau mengendalikan peralatan yang berat.

Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap kecergasan seseorang calon.

Contoh soalan: Saya mengalami kesukaran bernafas contohnya bernafas terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui ujian SPiER konstabel polis ialah tahap integriti seseorang calon. Ini adalah ciri yang sangat penting bagi setiap konstabel polis. Mereka harus jujur, adil, dan mematuhi etika dan moral.

Konstabel polis adalah pihak berkuasa yang dipercayai oleh masyarakat untuk melindungi mereka.

Jika anggota tidak memiliki integriti, masyarakat mungkin kehilangan kepercayaan pada pasukan PDRM dan sistem keadilan secara keseluruhan.

Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap integriti seseorang calon.

Contoh soalan: Saya sanggup mengetepikan peraturan dan undang-undang demi mencari pendapatan lebih.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Contoh Soalan SPiER Konstabel Polis

Walaupun soalan SPiER ini menggunakan format psikometrik, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA.

Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar. Manakala soalan SPiER lebih terfokus kepada jawatan konstabel polis itu sendiri.

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian SPiER nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu.

Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang konstabel polis yang dicari oleh pihak PDRM.

10 Soalan SPiER Konstabel Polis Orang Asli

Di bawah ini merupakan 10 contoh soalan ujian SPiER yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai karakter seorang konstabel polis ataupun tidak.

Soalan 1: Saya menganggap menyimpan rahsia itu merupakan tanggungjawab kepada saya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 3: Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 4: Saya tidak dapat mengawal diri daripada bertengkar apabila orang lain tidak bersetuju dengan saya.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 5: Saya tidak boleh terima apa jua menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 6: Saya bersetuju setiap peraturan jabatan telah mengambil kira kebajikan pekerja.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 7: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 8: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 9: Saya sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan tugas dan negara.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 10: Saya bersedia menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.

A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Tips Lulus SPiER Konstabel Polis

Salah satu cara untuk lulus dalam ujian SPiER ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan SPiER ini menfokuskan kepada perwatakan seorang konstabel polis.

Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan perwatakan konstabel polis kalau nak lulus ujian ini.

Koleksi 200 Soalan SPiER Konstabel Polis

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan SPiER ini.

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

Penutup.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan SPiER konstabel polis orang asli ini dapat membantu anda semua nanti.

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… Jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan SPiER yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.